top of page

Melancong Bersama Keluarga di Ho Chi Minh, Vietnam dan Phnom Penh, Cambodia - 2019.

  • Writer: mohd syahinudin
    mohd syahinudin
  • May 28, 2020
  • 5 min read

Updated: Jun 1, 2020

ree

Day 1

Pada hari pertama kami menaiki penerbangan terus Airasia dari PEN Penang ke SGN Ho Chi Minh City yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai di Ho Chi Minh Airport pada pukul 1:00pm, semasa berjalan menuju ke kaunter Imigresen untuk cop passport akan ada kedai-kedai menjual simcard, jadi kami pun beli satu untuk kegunaan di sana.


ree

Dalam Flight


Selesai ambil bagasi, kami terus keluar dari kawasan airport dan book grab untuk menuju ke apartment airbnb yang terletak berdekatan dengan Ben Thanh Market. Tambang grab sekitar $7 untuk 6-seater. Sampai di sana kami terus check in dan berehat sebentar.

Seterusnya kami berjalan menuju ke Restoran Amin yang teletak di Malaysia Street untuk makan tengah hari dan di sana kami mencuba pho noodles. Selesai makan kami terus ke Ben Thanh market untuk tengok-tengok apa yang menarik. Pada hari pertama kami hanya jalan-jalan di sekitar kawasan apartment dah makan local food sahaja.


ree

Laluan masuk agak misteri la. Gate akan dikunci pada waktu malam. Jadi jangan lupa bawa kunci



ree

Bilik tidur


ree

Ruang Tamu


Bilik Tidur dan ruang tamu ada partition dulu tapi sekarang owner renovate buat studio kot.

ree

Bilik dan Dapur/Toilet asing. Jadi kena keluar lalu kawasan tangga ni


ree

Dapur and sebelahnya toilet


ree

Location wise ok la apartment ni. Harga pun tak mahal sangat.


Harga untuk 5 malam ialah Rm549 dan kami tinggal 4 adult 2 child di sini, Link Airbnb >> https://abnb.me/PINIWh6fX6


ree

Bon Appetit


Day 2

Selesai breakfast di apartment kami pun book grab untuk menuju ke Saigon Central Post Office yang terletak bersebelahan dengan Notre Dame Cathedral. Perjalanan mengambil masa tak sampai 30 minit. Banyak barang-barang untuk di jadikan sebagai cenderamata dijual di sini. Pada waktu ini, Notre Dame Cathedral di bawah kerja-kerja penyelenggaraan, jadi kawasan sekitar ditutup dengan scaffolding & covered.


ree

Saigon Post Office


ree

Dalam Saigon Post Office



ree

Sementara menunggu no giliran urusan pos laju



ree

Luar Post Office



ree

Antara barang di jual di dalam post office



ree

Antara barang di jual di dalam post office



ree

HRC


ree

Book Street


ree

Kawasan book street


ree

Kawasan book street


ree

Membaca jambatan ilmu


ree

Kawasan book street


ree

Kawasan book street


Dari sini kami seterusnya berjalan menuju ke Hard Rock Cafe untuk membeli baju yang dikirim oleh keluarga / saudara. Dari sini pula boleh menuju ke The Cafe Apartment, kira tempat untuk chill melepak la sambil tengok view city, tetapi kami tak singgah pun sebab mungkin tak berminat nak melepak kot..


Antara tempat menarik di kawasan sekitar sini , walking distance ja...


* The Independance Palace

* Reunification Palace

* War Remnants Museum

* Notre Dame Basilica

* Central Post Office

* Book Street

* Ho Chi Minh Square

* Hard Rock Cafe

* Ho Chi Minh City hall


ree

Malam tu round-round Malaysia Street & Ben Thanh lagi



Day 3

Pada hari ketiga ni kami plan untuk menuju ke Phnom Penh, Cambodia. Kami akan ke sana menaiki van sapaco dan perjalan akan mengambil masa selama 5-6 jam bergantung kepada traffic, van ini dipenuhi kami seluarga dan 2 orang tempatan sahaja. Kira macam selesa sikit la. Untuk ke tempat menunggu van ini kami hanya berjalan kaki sahaja pagi tu. Perjalanan di penuhi dengan permandangan suasana bandar awalnya dan suasana kampung. Di dalam van ni kami tidur saja kerana sampai tengah harini nanti terus nak tour bandar Phnom Penh menaiki tuktuk.


ree

Van Sapaco


ree

Van Sapaco. Siap ada no phone kalau nk booking ka apa.


Urusan Keluar / Masuk di sempadan Vietnam dan Cambodia berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Hanya turun beratur dan cop passport sahaja. Masuk ja area ni simcard yang awalnya beli di airport dah tak boleh pakai..


Sampai di stesen sapaco Phnom Penh, pemandu tuktuk kami iaitu Abang Zahri telah siap menunggu. Dia seterusnya membawa kami ke kedai makanan tempatan sebelum kami ke hotel untuk Solat dan simpan beg. Oh lupa nak bagitahu, luggage besar kami tinggalkan saja di Ho Chi Minh kerana apartment di sana kami sewa direct saja walaupun harini overnight di Cambodia, malas nak usung beg banyak-banyak.


Selesai Solat Abg Zahri seterusnya membawa kami melawat tempat-tempat berikut :

- National Museum

- Independence monument

- Russian market ( ada beberapa restoran halal di depan market - kfc dan kedai mamak ) air tebu sdp

- Central Market

- Persisiran Sungai Bassac

- Petang jalan-jalan di night market dan pulang ke hotel.

ree

Driver tuktuk


ree

Tuktuk


ree

Phnom Pen Central Market


ree

Monument


ree


ree

Night Market


ree

Persisir Sungai Mekong. Penat bawa tuktuk, stretching badan sikit


ree

Tuktuk Abg Zahri. Boleh contact dia dan di fasih berbahasa melayu



Day 4

Selesai sarapan pagi, kami seterusnya berjalan menuju ke Royal Palace Park, iaitu kawasan istana yang bertentangan dengan Sungai Mekong. Di sini juga terdapat National Museum of Cambodia. Selepas itu kami pun pulang ke hotel untuk bersiap-siap kembali ke Ho Chi Minh.


ree

Bas Kumho Samco


Selepas check out,kami tahan saja mana-mana tuktuk yang ada di tepi jalan untuk membawa kami ke stesen bas Kumho Samco. Saja la nak mencuba perjalanan menaiki bas pula kerana datang dah naik Van.

Perjalanan bas mengambil masa 6 jam lebih dan akhirnya akan berhenti di sekitar kawasan Ben Thanh Market. Sampai ja kami terus jalan balik hotel, mengantuk dah masa ni. Berdasarkan pengalaman sendiri, lebih baik naik van la untuk urusan pergi dan balik. Selesa dan cepat sikit.


Day 5

Hari ini kami akan melawat Sungai Mekong iaitu sungai ke-12 terpanjang di dunia yang merentas sebanyak 7 negara. dengan panjang 4,880km. (Sumber Wikipedia). Mekong River Tour ini akan dikendalikan oleh Amin Travel & Tours.

Kami berjalan ke tempat menunggu iaitu pejabat Amin Travel & Tours yang terletak di Malaysia Street, dari sana van akan membawak kami untuk menuju ke Sungai Mekong yang mengambil masa 2 jam. Trip ini akan cover :

1) naik bot besar pusing pulau

2) naik kuda

3) naik sampan

4) melawat kilang gula-gula kelapa

5) melawat tempat ternak lebah dan proses madu

6) makan buah-buahan di tepi sungai

7) minum teh madu

8) mkn di restoran halal dan Solat sebelum pulang ke HCM pada pukul 6:00pm

9) On the way balik bandar kami singgah shopping di kilang telekung, tudung, kain Cotton...


ree

Sebelum sampai area jetty sungai, van singgah sekejap di kedai ni untuk sesiapa yang nak beli topi atau ke tandas.



ree

Dalam bot di Sungai Mekong. Tapi Under Armor ni saya beli di kedai di atas dengan harga Rm3 sahaja.



ree

Atas sampan


ree

Atas sampan


ree

Kilang Gula Kelapa


Sampai ja HCM kami pun balik apartment untuk berehat dan solat. Sebelah malam pula keluar untuk membeli barang di area Ben Thanh Market & Malaysia Street.

Day 7

Hari ini tiada aktiviti sangat, hanya lepak di bilik mengemas beg la sebab semalam dah shopping banyak barang . lagipun flight pulang ke Penang dalam tengah hari. Selesai checkout apa semua kami pun book grab untuk ke Airport.


NOTE:

Kebanyakan masa di sana digunakan dengan jalan-jalan di kawasan sekitar yang tiada dalam list di atas ini.

Pakai google maps ja kalau takut sesat.

Kalau nak shopping barang di HCM, berdasarkan pengamatan kami, lebih murah kalau beli di Malaysia Street berbanding dalam Ben Thanh Market.

Malaysia Street pula cuba pergi pada waktu malam, suasana lebih meriah dan banyak barang di jual. Cuma perlu hati-hati kalau anda sampai sana waktu mereka baru nak buka khemah kerana motorsikal berulang alik dengan laju waktu waktu ini.

Barangan yang di jual di sana kebanyakannya ialah pakaian seperti baju, seluar, jersey, telekung, kain, topi, kasut dan sebagainya.

Percutian kami di Vietnam dan Cambodia ni lebih fokus kepada shopping dan makan-makan sahaja. Sekian harap maklong



Wassalam

Comments


hse.JPG

About Us

I'm a HSE..

Health

Safety

Ensem

 

Read More

 

Let your light shine so others can see their way out of the dark

  • Facebook
  • Instagram
bottom of page