top of page

Working Onboard + Working At Home

  • Writer: mohd syahinudin
    mohd syahinudin
  • Jun 30, 2020
  • 4 min read

ree

Selalunya bila sign off ja saya akan cuti lebih kurang masa atas kapal, contohnya kerja 3 bulan jadi saya plan untuk cuti di rumah pun 3 bulan. Kesimpulannya setahun kerja & cuti akan sama la.


Dulu bila awal kerja kapal ni kadang-kadang masa di kapal lebih lama, ada yang kerja sampai 9 bulan dan cuti 3 bulan dalam setahun. Tapi bila dah berkeluarga saya ambil keputusan untuk bahagikan masa yang sama la di rumah dan di kapal.


Cabaran bila bekerja bukan hanya terletak pada diri sendiri, tetapi juga pada keluarga iaitu ibu bapa, isteri dan anak-anak. Bagaimana mereka perlu hidup sementara tanpa ketua keluarga, semuanya kena buat sendiri, bagaimana pula perasaan anak yang masih kecil bila tengok kawan-kawan yang dapat bermain / bermanja dengan ayah mereka. Jadi ini la antara sebab saya akan cuba luangkan lebih masa di rumah berbanding atas kapal.


Bila lama berada di rumah, ada satu masalah besar iaitu duit keluar laju ja, dengan pekerjaan sekarang ni bila cuti tiada gaji & kesan ekonomi dunia yang membuatkan gaji kurang. Ramai kawan-kawan pelaut yang ambil inisiatif dengan buat kerja sampingan. Ada antara kawan-kawan yang buat business sendiri seperti travel tours, shopee, property agent, jual durian, jual insurans, trade saham dan etc. Semua ni semata-mata nak tambahkan pendapatan keluarga.


Untuk saya dan isteri, kami mencari sesuatu yang dapat memberikan kami Money & Time Freedom. Bila difikirkan kami pernah survey macam-macam untuk di buat permulaan perniaagaan. Kami pernah survey food-truck sampai penang (nasib tak beli), kami buat sendiri ice-cream kelapa, cuba pula buat COD ikan, udang. Kami juga pernah mengikuti rombongan ke Guangzhou China pada tahun 2016 untuk mengetahui selok belok perniagaan borong. Saya juga membeli mesin kayu. Sambil-sambil layan hobi mana tahu boleh juga buat duit. Isteri saya pula berminat untuk mempunyai klinik sendiri tapi kos nak buka klinik perlukan modal sehingga RM300 ribu. Mana kami nak cari duit banyak tu tanpa pinjman bank? Nak dapat pulangan modal pun bukan senang kena ambil masa sekurang kurangnya 5 tahun. Nak kena fikir pekerja,sewa kedai,stok ubat,mesin scan dan macam macam lagi la. Isteri juga perlu bekerja lama di klinik. Kesimpulanya mesti kena komited kalau nak buka klinik sendiri. Nak pergi bercuti pun masa terhad. Kami dah la suka bercuti di luar negara.


Berpegang dengan kata isteri 'Mulakan dengan apa yang ada ditangan" Dia pun mula membuat Perniagaan Shaklee. Masa start dia masih kerja kerajaan dan oncall . Kena pula jaga anak kami sebab masa tu saya selalu onboard. Memang sangat sibuk tapi berkat kesungguhan dia nak tolong kewangan keluarga kami dia buktikan yang dia pun boleh berjaya. Masa tu saya hanya melihat dan menolong apa patut tapi saya tak tolong menjual. Melihat kejayaan dia yang setiap bulan dapat bonus melebihi gaji kerja hakiki membuatkan saya dan isteri membuat keputusan untuk sama-sama teruskan business dropship Shaklee.


Kami pilih Shaklee kerana ia boleh di mulakan tanpa modal disamping terdapat banyak bonus (klik sini untuk tengok bonus yang di tawarkan) dan flexible dari segi masa dan tempat. Sistem shaklee sangat mudah, bila ada pelanggan yang inginkan sesuatu produk, kami hanya perlu order di website dan nanti Shaklee HQ yang akan pos barang tersebut. Tak perlu nak simpan stok,sewa kedai dan cari pekerja. Ahli ahli bisness pula kami ajar secara online di whatsapp group dan facebook group. Perniagaan ini juga patuh syariah bukan sistem piramid ataupun head hunting. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut kenapa perniagaan ini patuh syariah.


Kami bekerja kebanyakkan masa ialah dari rumah sahaja dan apabila travel ke mana-mana ianya tidak menjadi masalah, asalkan ada sambungan internet.

Mula-mula berasa malu juga bila nak approach kawan-kawan untuk promote, tapi bila buang perasaan malu itu percayalah anda boleh pergi lebih jauh. Tetapi jangan pula hilang terus rasa malu yang lain. Ambil hadis ini sebagai selingan


Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang.

Yang paling utama adalah perkataanلاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ(Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman."


Bila dan lama buat dropship ni kami nampak yang Shaklee ini sesuatu yang dapat menjanjikan masa depan yang cerah, InsyaAllah. Kami bermula dari bonus RM 2000+ pada bulan pertama sehingga sekarang Alhamdulillah telah mencapai 5 angka setiap bulan. Dan jangan terkejut ada yang telah mencapai pendapatan bulanan 6 angka - 7 angka sebulan.

Perniagaan ini juga boleh diwariskan secara hibah pensyarikatan melalui Amanah Raya. Maksudnya anak-anak kami boleh meneruskan legasi perniaagan kami dan menikmati bonus yang kami tinggalkan. Kami tak jumpa lagi perniagaan yang jadikan kita CEO syarikat sendiri tanpa modal.


Tetapi perasaan yang paling berharga selain dapat bonus ini ialah bila pelanggan memberikan feedback positif daripada pengambilan produk Shaklee dan bila dapat membantu mereka yang lain untuk mendapatkan side-income ataupun peluang pekerjaan daripada Shaklee.


Doakan saya dan isteri serta team 'IDEAL' dapat terus mengembangkan perniagaan kami ke peringkat lebih tinggi. Dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyokong perniagaan kami selama ini. Yang berminat untuk mengetahui tentang perniagaan ini boleh hubungi saya bila bila masa. Saya akan bantu anda mencapai impian anda.Yang penting kena rajin berusaha.


Sr Coordinator Shaklee Malaysia









Comments


hse.JPG

About Us

I'm a HSE..

Health

Safety

Ensem

 

Read More

 

Let your light shine so others can see their way out of the dark

  • Facebook
  • Instagram
bottom of page